Friday, 25 January 2013

Pelik..

    Assalamualaikum...dah lama aku tak update post rasanya! #err,,lame ke??# Haih..sejujur-jujurnya aku boring juga bila fb dah deactive neh. Tapi nak buat macam mana..kali ni aku dah betul-betul tekad! Heheh..macam biasalah..nak kan kejayaan,,perlukan pengorbanan! Ya tak?? Uhuhu..
ok,ok, sebenarnya aku nak kongsi cerita ni..cerita apa?? Adalah! Hohoho *aku mula rasa aku menjengkelkan.. =P*
     Aku pelik betul dengan golongan-golongan orang yang pada mula nya cakap lain..lepas tu,, lain pula yang diperkatakan! Maksudnya mcam ni..contoh,, first2 dulu kata tak suka itik,,and then,, mggu depan dah suka itik pulak.. (contoh paling baik aku dah cari)..faham kan?? bagus,bagus,bagus
   Aku nak ingatkan dekat sini,,tolong lag tetapkan pendirian! Memang aku pun kadang-kadang tak tetap,,tapi kita boleh cuba. Seriously, aku tak maksud siapa-siapa..kalaiu yang membaca terasa,,maafkan patik ya,, tak ada nawaitu sedemikian..
    Ok. Perangai macam itu juga akan memeningkan kepala sahabat kita! Macam mana?? Yalah,,mula2 cakap lain..pastu dah lain..sape yang tak paneh?? CUbo kobar..cubo kobar..
   Baiklah si pembaca setia..aku nak undur diri dulu! Kerja rumah pun ada banyak ni! BBM pon nak kena siapkan! Kalau tak hantar next week,,huishh mengamuk Boss nanti!! hehehe..

P/s: Hanim please update! Bosan ni!!

Wednesday, 23 January 2013

Bangau Oh Bangau!

  Assalamualaikum!!! Haih dah lamo tak update! Huhu..tersibuk pulak! Ok.ok. Tadi kan..Aku telah tergugat dengan Shamimi! Kenapa?? HUh! Dia suroh aku sambung lagu 'bangau oh bangau'..haiyaaa!! mana aku ingat! Dah lamo tak didendang kan! Hishh,,aku paksa dia bagitahu lirik seterusnya,, dia suruh aku cari sendiri pulakk!! Mcam puzzle pulok! Aku pon aapa lagi..mencari si pelengkap lirik!!!! Akhirnya..aku menenui kejayaan itu..Alhamdulillah..huhu
    Antara orang-oarang yang telah menolong aku mengisi ruang kosong..

  • Mastura
  • Adib
  • .....sapo laie ek?? =P
Itu je yang segar dalam otak aku ni! Tangkayu! Hohoho..dapatlah aku tidur dengan lena..!! Hehe..kalaulah aku tak dapt menyelesaikan..huishh mungkin stress aku! Bangga gilerr bila dapat tahu! Hohoho
#rasa tak logik pulak nak stress psal ni??!#

P/s: Nampak kuih bahulu kat kedai tadi..duit pula tak ado..belanjo lah den aaa

Sunday, 20 January 2013

Bola Jaring!

  ok.ok.ok. Topik yang bosan. Dah tak tahu nak bahan apo ni..urm,,,aku sebenarnya minat gilerr dengan Bola Jaring! Tapi pro tu tidak lah..just minat2 camtu je..mana tidaknya,,tadika,bola jaring..sekolah rendah,bola jaring..menengah pon 1M1S bola jaring! Haih..muka pon dah macam bola! Cuma jaring je takde! Hehe..'hiperbola'nya cerita aku! #betol ek hiperbola?? hohoho#
   Tapi sebenarnya..aku ni dah hampir kehilangan 'greenlight' untul teruskan minat aku yang satu ni! kenapa?? Adalah..rahsia!Shh..!! Kalau semua nak cerita dekat blog ni,, baik tak payah wujudnya diari kat dunia kan??
So..just forget it! Main poin aku sebenarnya ialah..aku nak buktikanb yang aku boleh lakukan!~ Lakukan! Lakukan! Lakukan!Lakukan! err..apa yang lakukan?? Apa-apa yang aku mahukan lah..ayoo,,janga lah tanya! Ok. Merapek. Bosan.Nak bahulu. Lapar. #pdahal baru je menyuap!! Hishh!! ><
   OKlah..aku pon dah bosan menaip..korang pon dah bosan membaca..jadi, Assalamualaikum..~

Saturday, 19 January 2013

AriGatoU haNim-san!!

   Wah!!! Terharu sungguh aku ! Kenapa? Hohoo..mana tidaknya, aku jadi topik dalam post terbaru  Hanim!!! terharu sangat!! Thank You HAniM!! #fitikah..jangan jelez!! Kau msih intan payungkuu#
Urm..sebagai membalas keterharuan aku tu,,aku nak hadiahkan Hanim gambar coklat yang diidam-idamkan oleh dia ni!! Hohoho..okla tu kan? Janji adoo..tengok pon jadi lerr!!



Hanim!!!!!! Jangan Gigit laptop kauuu!!! *aku xde duit nk ganti! ><

    Ok2..sesi beri-memberi sudah tamat! Kini tibalah masa untuk...................................

OPPA GANYANG KAU!!! #aishah ajar aku cakap benda ni! peace!! Hohoho
    Memang kelakar giler bila aku dongar slogan tu! Pergh!! memang siot abez! TErketawa aku! #ayat KL siket..cheehhh

Sekali lagi aku nak beri senyuman  indah buat si empunya blog Fake Smile neh!!
-------->>>>>

tapi yang ni senyuman paling  ikhlasssssssssss...!!



---------------->>

Assalamualaikum..


Friday, 18 January 2013

      Assalamualaikum..hari ini aku dapat idea nak post tentang cara-cara mendapatkan mood untuk belajar! Aku dapat idea ini pun sementara menunggu abah aku jemput dari sekolah masa borak-borak dengan Hanim,Aishah and Auni! Diorang ni memang selalu bersama-sama aku tunggu dijemput bapak masing-masing..hehe..
    Masa borak-borak tadi, tiba-tiba tersebut pula tentang sains yang kitorang baru belajar hari ini..kemudian,mulalah masing-masing cakap itulah,inilah,,complex sangatlah..so, aku dah cakap dengan diorang yang aku nak kongsi cara aku mendapat mood belajar! ini cara aku lah,, korang semua boleh cuba kalau nak..tapi kalau tak sesuai..takpe, baca je ok? Uhmm..hohoho!!

  Ok..mula-mula, perkara pertama yang perlu kita lakukan.. MENCARI TUJUAN.
       -dengan adanya tujuan ataupun objektif kita belajar,barulah kita menjadi lebih bersemanggat. Cuba fikir semula, kalau kita just baca gitu je tapi tiasa matlamat. Confirm tak masuk punya..sebab apa? Sebab kita hanya akan anggap itu satu 'tugas' sebagai seorang pelajar dan bukannya satu 'usaha' ataupun 'kewajipan' untuk menggapai tekad kita. =)

Kemudian..kita perlu ada PENCABAR
     -Pencabar? Mesti korang hairan kan maksud sebenar 'pencabar' tu..huhu,, kalau aku, itulah yang akan menyemarakkan lagi 'api' aku untuk terus belajr,belajar,belajar dan belajar bagi menyaingi si pencabar! Ok. Maybe bukan pencabar lah..mungkim ia lebih kepada saingan dalam belajar. As example, si A asalnya sama markahnya dengan kau,,tup,tup! Ujian pertama, dia dapat the highest!! haa..takkan tak ada rasa tercabar kott..mesti kita nak lebih baik kan??

Langkah seterusnya..DEMI HARAPAN
     - Demi harapan di sini aku maksudkan..korang kalau dah malas sangat nak study..bagi korang study ni just buang masa or something yang menjengkelkan..korang cuba fikir orang-orang yang menaruh harapan tinggi dekat korang. Contohnya, korang bayangkan wajah orang tersayang korang hampa,kecewa san sedih apabila harapan mereka terhdap anak mereka tidak tercapai..tak ke rasa bersalah? So..kalau korang rasa  belajar tu takde function untuk korang..ingatlah yang mengharap..ok?? #jadi anak yang soleh and solehah tauu!!~

    OK. Itu je yang dapat aku konsi dengan korang semua..yang lain-lain tu rasanya dah takde kot..kalau ada pun mesti yang biasa-biasa je..maybe korang sendiri tahu..kan?kan? Aku harap, kepada si pembaca..korang boleh try cara-cara tu..tapi kalau masih tak dapat. I am sorry..huhu,,sebab itu cara yang selalu aku lakukan. Mana lah tau korang ada yang lebih baikkan? Baiklah buddiez! bye..Assalamualaikum..tq kepada si pembaca..

   

Thursday, 17 January 2013

Science's Note!!

  Assalamualaikum..tadi masa aku boring-boring,, aku adalah buat nota ni..simple jer..khas untuk korang,,kalau faham alhadulillah..kalau tak faham tu,,sorry ok? Aku nak cepat ni,tak dapat nak post panjang-panjang..nanti ada masa, aku nak kongsi fasal cara nak dapatkan mood belajar..=)

Ini dia nota yang tak seberapa tu.. hope berguna!~

 



RM 100..Tq~

   Assalamualaikum..Alhamdulillah,,selesai sudah sesi pemberian RM 100 dekat sekolah tadi. Terima kasih kepada badan kerajaan..!~ Duit tu telah selamat aku gunakan untuk membelikan buku latih tubi dekat ANEKA..syukur sangat! Lepas ni hanya tinggal aku je untuk berusaha,,yalah..bahannya dah ada..pokok kek den yo nak belajar ke idokk..kan?? Hehe..Haa..aku nak kongsi something sebenarnya ni..sebenarnya sebelum berlangsungnya majlis penyerahan duit rm100 tu..sesuatu telah berlaku dalam kelas aku! Hishh..peristiwa yang menjengkelkan itu telah membuktikan bahawa tanggungjawab seorang pengawas..memang betul-betul...berat! Sangat,sangat,sangat berat.
   Kenapa?? Ok. Aku akan kupas satu persatu...
 
      Sebagai Pemimpin Pelajar perlu bersedia....


  1. Dibenci,dicaci dan dimaki
  2. Dipandang sinis segelintir pelajar yang bermasalah
  3. Dipanggil "kaki report" atau yang sewaktu dengannya
  4. Menerima tugasan yang diberikan guru
  5. Menjaga keamaan sekolah
  6. Berani mentang sesuatu kesalahan
  7. Beranikan diri melakukan tindakan disiplin walaupun "rakan sendiri"
  8. Dan banyak lagi..       
              Itu baru sedikit tu! Haih..amanah tetap amanah! Kalau nak fikirkan takut,, kita yang dapat dosa..mana tidaknya, sebagai pengawas kita telah diamanahkan untuk menjaga keamanan sekolah..jadi,kalau kita bersubahat,,tak ke salah perbuatan kita tu?? Haa..jadi, mohonlah para teman,sahabat handai, dan semualah,,fahamilah kami sebagai Pemimpi pelajar..bukan kami sengaja nak catit-catit nama korang dalam buku laporan ! Itu adalah AMANAH..Minta maaf kalau korang anggap aku ni kerek ataupun bajet bagus update benda-benda macam ni,,tapi,ini lah kenyataan..aku cuma nak korang nampak dan rasa apa yang pengawas sekolah rasa bila someone tu melawan atau buat dono je bila ditegur! Huh! #tolonglah beri kerjasama! please guyss!!
    Kepada sesiapa yang betul-betul meyampah dan nak muntah baca post aku ni..boleh tekan butang "x" yang berwarna merah..sekian terima kasih..seperti yang selalu aku sebut, aku menulis untuk sama-sama kita mengambil pengajaran,iktibar..kerana,aku juga bukan lah insan yang benar-benar sempurna.. =) 
 Akhir kata, aku minta mmaf kepada sesiapa yang terasa ataupun yang sakit hati dengan aku..sesungguhnya aku tidak pernah bermaksud untuk mengenakan sesiapa.. Assalamualaikum 

Tuesday, 15 January 2013

oK I am DeacTive~ =)

      Assalamualaikum semua saudara sesama Islam ku!~ Haa..ni aku nak cakap, FB aku dah deactive sekarang ni!!! Wah! Happy sangat! #tipu,, =(  Haih..memang itu septutnya aku lakukan dari awal tahun. Sebenarnya aku dah benyak kali tekad ni! Hope kali ni kekal...huhhu,,hm..tapi aku bukan lah deactive forever ok! Kalau ikut rancangan,maybe aku akan on9 time cuti pnjang atau cuti penggal! Peace..Agaknya fb ni memang dah jadi salah satu teman setia generasi sekarang..maybe?? Nampaknya,,tak dapatlah aku berhubung dengan buddiez aku lagi! Takpe,takpe,takpe..kan orang kata, kalau nak mendapatkan kejayaan perlu ada pengorbanan?? Hehehe...cewahh!! Macam besar benor pengorbanan aku ni! HOhoho
    Buat 3 khanldunians..kita chit chat dalam koleh yola beb! Itupon golak besar gila-gila! Sampai kena point dengan cikgu! hahaha..siapa?? Of coz lah 4 prefects at the behind class! Aishah,Tiqah, memang ahli kaki gelak yang setia bersekongkol dengan akU! huhu..Shamimi pon kadang-kadang terjebak! Walaupon aku nampak dia macam tak rela je??hohooh..sorry widat~ peace!
     Terbanyak pula aku update post kali ni! Hehehe..aku tengah mengejar masa sebenarnya ni! Aku dah tekad..#tekad lagi..=P tekad nak study Sej and Agama hari ni! Harap-harap menjadika nawaitu aku tu ya!~ =) Oklah buddiez ku! Aku nak megangkat jari ni...aku dah rasa macam dah overtime aku guna laptop! Haha..dahlah aku jamin nak guna sekejap je nak guna internet sekejap je dengan abah akU! huhu..moga aku tidak melanggar kata! Menjadi anak yang mendengar kata itu wajib tau! huhu..#smile!
     Ok! Aku pergi dulu smua..lepas ni jangan nak open2 fb aku ek?? #mengharap ada yg rindu..cedehh! gedik eh! Ok2..bye semua..(berapa kali nak bye2 ni??)...Assalamualaikum..

Study!study!study! Pmr!pmr!pmr! Hohoho

Monday, 14 January 2013

Maafkan aku..

   Assalamualaikum bloggers! Hm..sedang aku dok berangan-angan seorang diri tadi..tiba-tiba hati aku tergerak untuk memikirkan tentang tindakan aku selama ini terhdap si fulan..aku rasa serba salah sangat sebab memperandaikan hamba Allah yang tidak aku kenal hati budinya yang sebenar sesuka hati. Mungkin perangai si fulan tidak kena dengan diri aku,tapi siapa aku untuk menilai? Kalau si fulan membaca..sesungguhnya aku minta maaf..ikhlas dari hati yang benar-benar dahaga kemaafan mu~
    Di sini aku nak kongsilah atas apa yang berlaku dekat kau ni jadikan pengajaran ok? Mungkin si fulan yang aku benci tu tak pernah tahu,atau taknak ambil tahu tentang pandangan aku terhadap dia..tapi itu tetap satu tindakan yang tidak baik..so, im sorry..
     Biasalah manusia..kadang-kadang hati ni tak dapat dikawal..bila tersasar dari kewarasan berfikir, haih..macam-macam perkara yang tidak sepatutnya boleh dijadikan point untuk mendedami or membenci someone without any reason,,maybe?? So, kita perlulah sentiasa berfikiran jauh dan berfikir berkali-kali dalam mengambil sesuatu tindakan agar semua berjalan lancar.. =) Jangan jadi macam aku,, tak pasal-pasal dapat dosa kering..
    Lagi satu..aku betul-betul minta maaf kepada sesiapa yang terasa ok? Aku akan cuba jadi lebih baik dari hari ini!~ Sama-sama kita mempermantapkan akidah kita wahai sahabat,,yang lepas itu biarlah belalu,,yang bakal tiba kita awasi agar tidak menjadi seperti kekesalan yang pernah dialami sebelum ini.. =) Assalamualaikum..

Sunday, 13 January 2013

Kenapa...

   Kenapa kadang-kadang kita sering diketepikan? Memang kadangkala kita di atas,kadang di bawah..tapi aku dah letih dengan semua kata-kata manis yang kosong. Bosan. Tak perlu aku nak cerita hal ni dekat blog ni. Mungkin bila korang yang membaca post aku kali akan berkata "apahal dye ni? Buang tebiat ke ape?" atau mungkin, "almak..berpuitis pujangga pulak,,menyampah!". Just say it! Aku tak akan update kalau tak ada sebab yang membuat aku tergerak untuk membicarakan tentang ini..Mungkin bukan sorang dua yang pernah sakitkan diri aku..biarlah jadi rahsia..tapi,, aku betul-betul minta..siapa yang membaca blog aku ni..jangan pernah tanya aku kenapa dengan aku sampai post something yang agak..serious macam ni! Tanya diri kau dulu..jika kau adalah antara yang aku maksudkan! Seperti yang pernah aku cakap, tak semua perkara boleh dibawa main..serious is immportant! Assalamualaikum..

14 Januari..sedih!~

      Assalamualaikum semua blogwalking!! Hari ini Hari Keputeraan telah berlangsung di Seri Menanti. Aku terpilih untuk memasuki pertandingan melukis! Hurm,,aku pon tak sangja sebenarnya terpilih tu..peserta yang menyertai memang ramai. Sangt,sangat..sangatlah ramai! Huh! Persaingan yang dahsyat berlaku! yang dari sekolah cina,kebangsaan,..semua datang! Tergugat aku tahu! Tapi,bukan aku seorang jer yang masuk, ramai lagi..antaranya Shamimi and Ila..Masing-masing memang handal part2 seni. Aku ni yang ketinggalan sikit.. =(
   Ok. Pertandingan bermula dari jam 8.30-11.30. Tapi aku dengan member2 siap awal...bunyi macam pro je kan?? Padahal nak merayau! Hohoho..!! tapi itu aku lah,,yang lain tu memang pro lah kot! ngee. Then,jam 12 kitorang berkumpul semula..nak dengar pengumuman. Masing-masing muka cemas, manalah tau kot-kot menang..kan?kan?  Tunggu punya tunggu! tup! tup! Ha!! aku dengan member2 sorang pon takde yang menang! Hampeh..hohoho! Tapi, untuk wakil sekolah adalah dua orang yang menempah nama! Tahniah..er..er.. *sorry lupa nama!~
     Semua habis dalam pukul 12.30..camtu2 lah,, semua pun pulag ke rumah. tapi, sebelum pulang rumah.,,aku sempatlah jalan-jalan dengan geng TBB..Syafiqah,Shahira and Liena a.k.a Kojek! Korang memang best! Even tak sama sekolah, i feel goood!! Hahaha.. nanti kita jumpa lagi ok? #sies mengharap!
   Sampai sini je la post aku! Cakap lebih-lebih nanti terkenang pula tak menang,,meraung pulak! Hohhoo..jangan risau! aku ok! hehe..tapi, ada yang sedih la aku tak menang!Siapa?? Hohoho...Hanim, sorry no ice cream for you buddy!~ Peace!

Muka sedih+plus hampa time tahu kalah! Haha,lebih kurang lah..kott??  ----->>

Saturday, 12 January 2013

Cara-cara membuat Onigiri kawaii!~

     Assalamualaikum..! Hari ini aku tergerak pula nak kongsi cara-cara untul buat onigiri.,selain onigiri,, orang jepun kadangkala menyebut onigiri sebagai omusubi, nigirimeshi dan nigiri sushi  untuk pengetahun,.Walaupun sebenarnya aku sendiri tak tahu nak buat macam mana.. =,= hohoho..!! tapi takpe lah, aku pun On the way nak try buat actually..Nampak macam menyelerakan je..so, jom kita try sama-sama ok??

   
   tapi kalau korang nak tambah apa-apa dalam nasi tu pon boleyh!~ TQ

Friday, 11 January 2013

Lagu Dah Tukar!~

   hehe..aku dah tukar lagu blog ni! haih..bosan ah! Alah..lagipun cerita setia ujung nyawa pun nak jadi sedih sekrang ni! So..cam dah x sesuai je aku tarok lagu treler citer tu dekat blog ni..lagu jepun ni pon ok ape..lagipon,lagu mengisahkan tentang kasih sayang seorang ibu taU! Ini lirik dia..


Mirai E
(Menuju Masa Depan )

Hora, asi moto wo mite goran
(Ayoo…lihatlah langkah kakimu..)

Korega anata no ayumu michi
(Itulah jalan kehidupanmu….)

Hora, mae mo mite goran
(Ayoo…lihatlah pula ke depan..)

Arega anata no mirai
(Disanalah masa depanmu..)

Haha ga kureta takusan no yasashisa
(Begitu banyaknya bunda telah memberikan kasih sayangnya….)

Ai wo idaite ayumeto furikaesita
(Bersama Cinta bunda dapatku mengerti….kehidupan yg silih berganti )

Ano toki wa mada osanakute iminado siranai
(Saat itu aku masih terlalu kecil…belum mengerti arti semua itu )

Sonna watashi no te wo nigiri
Isyoni ayunde kita
(Bunda yang selalu membimbingku dalam menjalani masa depan )

Yume wa itsumo sora takaku aru kara
(Cita cita selalu tinggi di atas langit )

Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukeruno
(Bila tak tercapai memang menyedihkan, tetapi jangan takut tetaplah melangkah bercita-cita

Jibun no sutori dakara koso akira metakunai
(Tentukan langkah sejarah hidupmu..Janganlah berputus asa

Fuang ni naru to te wo nigiri isyoni ayundekita
(Jangan cemas dan jangan takut…do`a bunda selalu menyertaimu )

Sono yasashisa wo tokiniwa iyagari
(Kasih sayang itu ..dulu selalu kulecehkan…selalu kusakiti hati bunda )

Hanareta haha he suna wo ni narezu
(Sekarang jauh terpisah dari bunda….baru ku sedari segalanya )

Hora asi moto wo mite goran kore ga anata no ayumu michi
(Ayoo..lihatlah langkah kakimu…itulah perjalanan hidupmu )

Hora mae mo mite goran arega anata no mirai
(Ayoo…lihatlah pula kedepan…di sanalah masa depanmu )

Mirai e mukatte
Yukkuri to aruite ikou
(Perlahan namun pasti…jemputlah masa depanmu dengan hati penuh keyakinan )

*Hora, asi moto wo mite goran / Korega anata no ayumu michi
(Ayo, lihatlah langkah kakimu / Itulah jalan kehidupanmu)
Hora, mae mo mite goran / Are ga anata no mirai
(Ayo, lihatlah pula ke depan / Disanalah masa depanmu)

Haha ga kureta takusan no yasashisa
(Begitu banyak kasih sayang yang telah ibunda berikan)
Ai wo idaite ayumeto furikaesita
(Bersama cintanya dapat ku mengerti kehidupan yang silih berganti)
Ano toki wa mada osanakute iminado siranai
(Saat itu aku masih terlalu kecil, belum mengeri arti semua ini)
Sonna watashi no te wo nigiri / Isyoni ayunde kita
(Ibunda yang telah membimbingku dalam menapaki masa depan)

Yume wa itsumo sora takaku aru kara
(Cita-cita selalu tinggi di atas langit)
Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukeruno
(Bila tak tercapai memang menyedihkan, tetapi jangan takut tetaplah melangkah mencapainya)

Jibun no sutori dakara koso akira metakunai
(Tentukan langkah hidupmu, janganlah berputus asa)
Fuang ni naru to te wo nigiri isyoni ayundekita
(Jangan cemas dan takut, do’a ibunda selalu menyertaimu)

Sono yasashisa wo tokiniwa iyagari
(Kasih sayang itu dulu selalu tak kupedulikan, kusakiti hati ibunda)
Hanareta haha he suna wo ni narezu
(Sekarang jauh terpisah dari ibunda, baru kusadari segalanya)

Mirai e mukatte / Yukkuri to aruite ikou
(Perlahan namun pasti, jemputlah masa depanmu dengan penuh keyakinan

ok..semua ni aku copypaste dari blog someone..! Tq kepada th owners blog! Sorry x sempat minta permission.. =) but you are great!!

lagu..nak bukak!

  assalamualaikum buddiez! Semalam aku idur awal! Tak sempat nak on9 fb and ..sorry Fitikah~ =(..kenapa awal sangat? urm..aku tetiba bad mood pula semalam. Sebab apa tu..kurang ingat! hehehe..tahu-tahu dah pagi.Ok. Just forget about my boring sad story. New topic.
    14 hb Januari ni ada hari keputeraan..aku terpilih untuk masuk pertanfingan melukis poster! Happy sangat! Tapi//berdebar pun ada juga..maklumlah, dah lama aku tak take part dalam pertandingan lukis-lukis time hari keputeraan nih! Seingat aku..3 tahun lepas..ishhh, lama tu! Aku akan try the bezt!~
    Sebenarnya aku tidak lah kisah sangat..menang atau kalah. Cuma kalau menang tu..Alhamdulillah lah kan? Masalahnya..harapan untuk menang tu,umpama 20% je lagi ada untuk den! Mana tidak nya, dari TMS je dah ramai yang hebat-hebat! Haih..belom dari sekolah lain pulak..
    Takpe,takpe,takpe,..yang aku nak..enjoy and having fun! Ok. sampai sini jelah ek. Bye~

Thursday, 10 January 2013

why so annoying? haa~

   Assalamualaikum..hari ini ada subjek PJK dekat sekolah. Huh! Bukan bersuka pun! SEGAK weyh!!SEGAK!! erghhh!! The worse ever! Memang aku tak minat 'segak'2 neh! Menyusahkan! Bak kata Fitkah.."aku lebih rela belajar agama 5 masa!" Nampak. Bosan tak bosan SEGAK tu..adouh..dah lah kena timbang berat dan ukur tinggi! Berat makinbertambah-tambah!! umpama bertmabahnya cinta Syah Jehan kepada Mumtaz nya! lagi-lagi baru lopeh cuti panjang! Hurm..memang parah..
    Sebelum buat segak tadi..kitorang ada panas kan badan dulu, boleh pula guys yang dekat bengunan atas tu ejek-ejek sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak bermoral??! woowowoow!!! Sakitnya hatiiii!!~ Macam bagus,,! Tak baik betul diorang buat macam itu! Boleh jatuh maruah gurlz tau!~ hishh...! Bak kata cikgu sains den.."ingat mak.."
   oklah bloggers! Bye

Tutty fruity..nakk!!

  Cakap pasal tutty fruity...haih,,terliur aku! memang lah aku tak pernah rasa benda tu! Tapi,bila dengar sorang membe koleh aku bercerita tentang kesedapan,keenakan,ke..ke..semua yang ke la! Aku nak sanagt rasa! Hurm bila lah dapat makan tutty fruity tu ek? Betol aku cakap..nanti kalau aku dah kerja,,ada kerjaya yang baik..aku nak test semua makanan-makanan yang aku inginnnn sanagt rasa sekarang ni! Muktamad! #huih...serious abez! Hahaha
   

Fb StyLe..!

  Assalamualaikum bloggers! Weh, perasan tak, fb sekarang ni berlambak-lambak 'najis comel'!! Alah..yang :poop: tu...hohoho! Comel sangat! Memang menakjubkan keasliannya! Err..kenapa aku cakap pasal ni?? Ouh tidak...aku dah pening! Ok. itulah budaya terbaru fb! Sape tak tahu buat :poop:..tak tahulah.. Nanti sila cuba! Menarik and kebabom!
    Aku merapek?? Hey! Aku post ni berdasarkan idea yang 'bini' den kasi..so,,appriciate it please guys!!~ Borng dan membosankan? Not so..aku rasa best jer! mungkin korang masih belum dapat feel ni..takpe, nanti pasti jatuh hati dengan :poop: fb! TAknak buat? ok. bla. hahah,,xdo ah..gurau je!
  Lalalala...bosan sangatt!!!! Ok. Study lah..#maybe later..huhu. Ehem2,,aku nak layan bluerangerz jap! tata!~

guRLz!! coMe on!

     "wow,,handsome boy!! I like,,i love..arghhhh"     Tolonglah jangan gedik sangat! Jaga lah attitude kau as a girl..nak jadi PMT tak?? hahahha..ok,ok..kau cantik.kau lawa.kau mantop..cun and...chewahhh..bananana!! Tapi, tak perlu tunjukkan kan lah aku rasa..as a muslimah..apa yang aku tahu, kita sepatutnya menyorokkan kecantikan dan bukan menunjukkan atau menyerlahkan..ok. mulai hari ini kita sama-sama berubah ok?? Boleh? Alhamdulillah..
    Ingat! Ajal tak pernah kita tahu bila akan tiba..tup2,, esok dah tak dapat tengok wajah mak ayah kita lagi..macamana??  Penghijrahan tidak perlu mendadak..langkah demi langkah..insyaAllah..berjaya!~ Salam sayang seorang sahabat yang mencari sinar keredhaan dalam hidup..Assalamualaikum,,
   

heY BudDiez!~

   You my love,you my life..you are everything..pernah dengar tak lagu tu? Pernah? Bagus..tapi aku taknak bincang pasal lagu tu pun,,,hahahahha,,kena wakenabeb!! #ape aku merae ni? ok. Bosan. Hah..sebenarnya tengah chatting dengan bini den ni! Ha? Korang tak tahu cerita jangan nak fikir bukan-bukan! We are happy family!~  
   Ok. Aku benci penyibuk! Siapa terasa..aku minta maaf! Seriously aku tak tuju kat siapa-siapa..apa? Tetap terasa?? Jerk?? Ok. just get out from this boring blog HoT StaFF..aku memang saje tulis nak buat topik..dah bosan bonar neh! Kalau korang semua ,,suka tak kalau hidup korang diganggu oleh orang lain yang sangat annoying diri korang?? Apa?? Korang suka? Ok.We are not family..hahaha! Ok. semua lain pendapat..mungkin korang suka untuk buat teman bergusti! Aku mungkin tidak! tapi kalau itu hakikatnya..just let it began..#began ke begin? OME!!
   Sesiapa yang tengah membaca blog aku ni..aku betul-betul nak cakap yang aku..benci orang yang suka JAGA TEPI KAIN ORANG. Muktamad. Fine. Menyampah? Janganlah weyh..aku just cakap untuk pengetahuan korang..hahhaha..maybe tak penting,tapi peduli apa aku! Blog aku kan...nak bangkang sila buat blog sendiri and thn follow aku! #sagatlah perlu.. =)
    Ok.Aku sayang family kansung ku..dan juga family bluerangerz ku!!!! family khaldunians ku!! and..and..and..#smput! pape saje lah buddies! ok. stop. nanti sambung. cari idea jap.Homeworks belum siap ni!~ #shhh..nanti marah teacher i! Nasib baik my beloved second wife ingatkan! Love you! Love the first too..!~ hahax! Bye-bye buddiez! Assalamualaikum..

Jangan lah nak tunjuk bagus kawan~

     Assalamualaikum semua! Haih..makin hari,semakin banyak perkara berlaku..lebih-lebih lagi dekat sekolah..pening kepala aku! Apa masalah nya? Biasalah pelajar..lagi pula nak PMR,,berjembik-jembik kerja rumah cikgu 'hadiahkan'..! Memang terbaik sangat! Tapi aku tahu semua itu ada kebaikannya, mana ada cikgu mahukan kegagalan untuk murid-muridnya?? Setakat ini,memang den tak pernah jumpo pulak cikgu macam itu wujud..kan?kan? Sebenarnya, kelas aku telah berlaku satu krisis yang dahsyat mengalahkan krisis air! Tapi malas lah nak cakap pasal apa..buat sesiapa yang faham,, diam-diam sahaja ok,buddiez!
   Masalahnya, aku rimas dengan budaya drop-drop orang ni..tolonglah! Kita belum cukup perfect untuk menilai seseorang sayang..!~ Mungkin ada kesalahan yang dia lakukan, tapi siapa kita untuk menentukan tempatnya?? Ok, mungkin rasa tak suka atau benci itu ada dalam diri kita, kalau memang tak boleh bendung sangat..just ignore je si fulan tu..cuba jauhkan dir,tapi ingat! 3 hari tidak bertegur sapa tidak baik tauuu!!
   Walaupun aku cakap macam ni, aku tidak memihak mana-mana pihak pon! For what ambil tahu hal remeh and bosan ni kan? Asal si fulan tidak menggangu kebahagiaan aku,cukup and enough!! Erm..aku pun tak sempurna..tipulah aku tak pernah melakukan atau berghibbah tentang si fulan, tapi..as what i said before..aku menasihat bukan untuk yang membaca sahaja,,tapi untuk diri aku juga..!~ Kita sebagai hamba-Nya memang selalu alpa..jadi, sentiasalah saling ingat-mengingatkan agar sama-sama kita menjadi seorang yang disayangi oleh Allah..insyaAllah..
   Ingat! Kalau kita pandai menghormati orang,,insyaAllah..kita juga sentiasa dihormati!~

Monday, 7 January 2013

Kedatangan Jepun..1942~1945

   Ha? Jangan pergi dulu! Korang masi lagi di blog atenkhaldunians!! Haha..tajuk eh polik? Bukan apa..tadi den ngan budak kelas baharu sahaja kena marah dengan ibunda tersayang..haihh..budak-budak tak siap nota punya pasal lah ni..tapi,kitorang yang siap pun sama er,,x saling menginatkan! tadi..aku punyo rajin ulangkaji..alhamdulillah, masuk lah juga! Sebenarnya tidak lah susah mana,cuma perlu ada minat dan kesungguhan berserta tekad! Tengok Dhevi kawan aku..asyik A jer Sejarah dia. Jelez aku tahu!
   Cikgu target lebih 25 orang dapat A sejarah PMR kelas aku, agak-agaknya boleh ke tidak ek? Aduh..poning kepala, dengan subjek KH lagi kerja khusus bolum beres-beres lagi ni..geografi pun ada folio..haiyaaaa manyak fening maa!!! Ok guys yang sudi membaca post "bosan" aku ni! Terima kasih and arigatou!~ Aku nak pergi mengumpul 'senjata' untuk PMR ni, bye..Assalamualaikum.. =)

Sunday, 6 January 2013

PMR...1998!!

Assalamualaikum semua!!! Siapa dekat sini umur dia 15 tahun (2013)??? Sila angkat kaki!! Kalau yang mengangkat kaki tu..aku nak ucap good luck untuk korqng yang bakal menghadapi PMR! Aku pun nak PMR sebenarnya..tengah kerisauan ni! Haih,,pening kepala dibuatnya..dulu kena target 5A jer untuk UPSR, sekarang..ha! ambik! 8A!! Uishh..parah,parah..tapi taidak mengapa wahai teman-teman! Ayuh bangkit membuktikan semanagt jaya yang ingin berjaya! #wah..macam pantun pulak! Apa yang paling penting ialah DUIT. Apa? Mata duitan? Rasuah dengan cikgu guna duit?? Bukan itu maksud aku..DUIT yang ini lain..ini DUIT yang baik punyaaa..hahaha! Ok,meh sini aku tunjuk!

                                        D=Doa
                                        U=Usaha
                                         I=Istiqamah
                                        T=Tawakal

       Ha..itulah DUIT yang perlu ada dalam diri kita guys! 4 perkara itu kalau diamalkan selalu..insyaAllah boleh berjaya! Kita boleh lakukan dengan ada keyakinan dan kesungguhan serta tekad dalam jiwa! Oklah! Sebelum menutup kata,aku nak bagi 2 rangkap pantun..

                           Selamat makan bahulu,
                           I love you!!

Yang benar..aku yang tidak sempurna..

Saturday, 5 January 2013

Setia Hujung Nyawa,,atau Solat Maghrib dulu???~

  Assalamualaikum dan selamat petang semua!!! Ha! Pernah dengar tak cerita "Setia Hujung Nyawa"?? Mesti ramai yang tengah mengangguk-ngangguk kata pernah kan? Apa? Tak pernah? Tak apa, lain kali tengok setiap Isnin-Khamis jam 7.00mlm TV3..tengok tau! Cerita itu kan, sweet sangat! Tambahan pula heronya seorang jejaka idaman para gadis mcm yang sedang baca blog aku ni! Hehehe,,ye ke?? Heroinnya pun tidak kurang hebat comelnya! Tapi,korang semua perasan tak..sedang korang menonton drama tu..mesti ada part akan stop kejap..tahu part apa? Part tu adalah part AZAN MAGHRIB..tapi kan,,agak-agaknya...ada tak yang terus pergi solat tanpa menunggu cerita tu habis??
    Itulah point aku sebenarnya..tengok drama,tengok drama juga..tapi,solat jangan lengah-lengahkan! Tapi, sebagai seorang hamba yang kerdil..aku mengaku,,kadang2 tu..aku sendiri pun tak terkawal diir aku dari menonton drama yang tengah top sekarang neh tu! >-<!! Hope..lepas ni,,kita sama-sama jangan melengahkan solat..itu semua godaan duniawi! Memang tidak salah menonton as hiburan..tapi jangan sampai yang wajib dikebelakangkan pula ya sahabat!! Aku mengingatkan untuk diri aku sendiri dan juga sahabat seagamaku yang kucintai!!~ Assalamualaikum.. =)

Friday, 4 January 2013

Watashiwa fatin Desu!!!

  Assalamualaikum saudara sesama islamku!! Terima kasih sudi memasuki blog aku yang tidak seberapa ini..aku post ni sengaja untuk mengucap salam perkenalan kepada si pembaca yang comel tu!~ siapa?? alah..yang tengah menghadap laptop tu lah,,,hehe..#jangan kemban sorang2,,hohoho Baiklah cutiest,, post pertama aku tak panjang mana..just untuk membuka bicara..bye2!~